Wednesday, July 16, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1947 dan diketuai oleh Allahyarham Encik Mohamad bin Long (Penghulu Ulu Dong). Sekolah ini diwujudkan atas kesedaran dan kesusahan yang dialami oleh kanak-kanak Kampung Pamah Kulat dan Kampung yang berhampiran yang terpaksa berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer ke Sekolah Melayu Ulu Dong.

Pada tahun 1948 sebuah bangunan seluas 16 kaki persegi telah didirikan secara gotong-
royong oleh penduduk kampong. Pada 1950 kerja-kerja mengemas bangunan disambung semula. Wang derma hasil sumbangan orang ramai sebanyak RM250.00 digunakan untuk membuat kerusi meja murid.

Pada 20 Mei 1957 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Penghulu Ulu Dong Tuan
Haji Budin bin Haji Sulaiman dengan nama “SEKOLAH RAKYAT”. Kemudian sekolah ini ditukarkan pula dengan nama “SEKOLAH UMUM PAMAH KULAT”.

Seterusnya pada 30 Jun 1962, nama sekolah ini bertukar lagi dengan rasminya kepada
“SEKOLAH KEBANGSAAN PAMAH KULAT” dan dirasmikan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar.

Seterusnya bangunan sekolah bertukar wajah dari masa ke semasa sehinggalah pada tahun 2000 bangunan 4 tingkat telah dibina menggantikan bangunan usang dan siap pada tahun akhir 2004 setelah beberapa kali terbengkalai.Sekolah ini telah menjadi kebanggaan penduduk sekitar kerana menjadi tempat mendidik anak-anak penduduk tempatan di sini.