Monday, October 27, 2008

Thursday, October 16, 2008

contoh aktiviti

SENARAI NAMA GURU DAN STAF SKPK 2008

GURU BESAR
OTHMAN BIN ABD. KARIM

GURU-GURU

HAMIMAH BINTI ABD RAHIM
HAMDAN BIN SALLEH
WAI TAI TAI
ADAM SHAH BIN KAMALUDIN
ABDULLAH MUNSHI BIN MOHAMAD MUBIN
AZARIAH BINTI JALALUDIN
CHE SARAH BINTI JAFAR
HAIEMRAN BIN HARON
HAYATI BINTI MUHAMAD HUSAIN
ISMANISAH BINTI ISMAIL
JAHIDIN BIN ABDUL RAHMAN
JOHARIY BIN ISMAIL @ SEMAN
JOLI SUZIAH BINTI SULAIMAN
KAMARULZAIDI BIN HARUN SHAH
KHAIRUNNISRINA BINTI ISMAIL
NOR HAYATI BINTI AHMAD
NOORHAIZAN BINTI YAHYA @ MAT NOH
NORIZAH BINTI ABDUL RAHIM
NORHAZIMAH BINTI YAHYA @ MAT NOH

STAF BUKAN GURU

ROSNIDA BINTI OTHMAN
KAMARIAH BINTI JUDIN
FARIDAH BINTI MOHD YASSIN
SUAHAIMI BIN JOHARI


Lagu Sekolah

Di lereng bukit tersergam indah
Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat
Di sini gedung ilmu ditimba
Mendapat pendidikan sempurna
Hormati guru, ibu dan bapa
Taati lima rukun negara
Membaca, menulis dan mengira
Sahsiah diri turut dijaga
Maju sekolah maju semua
Lahirkan generasi sempurna
Bergiat gigih teruskan usaha
Segala ilmu kekal di dada
Semangat sukan berhati waja
Berkepimpinan berhati mulia
Jauhi dari mara bahaya
Maju sekolah kita 3X

SLOGAN

"KAMI CEMERLANG"

PERGERTIAN SLOGAN
  1. Melahirkan warga negara yang berkualiti berlandaskan FPK
  2. Sentiasa bersedia berkhidmat cemerlang kepada sekolah, bangsa , agama dan negara.

VISI

MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
DAN BERKUALITI
MENJELANG TAHUN 2010

MISI

Memberi Perkhidmatan dan Kemudahan
Kepada Warga SKPK
Untuk Melahirkan Warga Negara Yang Berkualiti,
Berupaya Menghadapi Cabaran Global dan
Mempunyai Jati Diri Yang Tinggi Berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara

Wednesday, July 16, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1947 dan diketuai oleh Allahyarham Encik Mohamad bin Long (Penghulu Ulu Dong). Sekolah ini diwujudkan atas kesedaran dan kesusahan yang dialami oleh kanak-kanak Kampung Pamah Kulat dan Kampung yang berhampiran yang terpaksa berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer ke Sekolah Melayu Ulu Dong.

Pada tahun 1948 sebuah bangunan seluas 16 kaki persegi telah didirikan secara gotong-
royong oleh penduduk kampong. Pada 1950 kerja-kerja mengemas bangunan disambung semula. Wang derma hasil sumbangan orang ramai sebanyak RM250.00 digunakan untuk membuat kerusi meja murid.

Pada 20 Mei 1957 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Penghulu Ulu Dong Tuan
Haji Budin bin Haji Sulaiman dengan nama “SEKOLAH RAKYAT”. Kemudian sekolah ini ditukarkan pula dengan nama “SEKOLAH UMUM PAMAH KULAT”.

Seterusnya pada 30 Jun 1962, nama sekolah ini bertukar lagi dengan rasminya kepada
“SEKOLAH KEBANGSAAN PAMAH KULAT” dan dirasmikan oleh ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar.

Seterusnya bangunan sekolah bertukar wajah dari masa ke semasa sehinggalah pada tahun 2000 bangunan 4 tingkat telah dibina menggantikan bangunan usang dan siap pada tahun akhir 2004 setelah beberapa kali terbengkalai.Sekolah ini telah menjadi kebanggaan penduduk sekitar kerana menjadi tempat mendidik anak-anak penduduk tempatan di sini.